CLICK HERE FOR BLOGGER TEMPLATES AND MYSPACE LAYOUTS »

Wednesday, November 26, 2008

YOGA




Senaman adalah baik untuk kesihatan. kini ada pelbagai bentuk senaman berbentuk meditasi yang diperkenalkan untuk menjaga kesihatan. antaranya senaman tai chi, yoga, judo, taekwando dan sebagainya. senaman yoga adalah merupakan pergerakan atau teknik “self-healing” yang berbentuk meditasi (renungan), memberi keharmonian jiwa secara semulajadi daripada rasa tertekan.

Namun baru-baru ini telah timbul isu bahawa Umat Islam negara ini diminta tidak mengamalkan senaman yoga yang didapati mengandungi unsur-unsur keagamaan, mentera dan pemujaan. Pelbagai komen yang diperolehi tentang isu mengharamkan amalan yoga bagi umat Islam. Ada komen yang menyokong bahawa senaman yoga tidak salah diamalkan oleh golongan muslim dengan alasan tertentu dan ada komen yang menyokong amalan yoga sepatutnya diharamkan untuk golongan muslim.

Komen yang dilihat turut menyifatkan bahawa fatwa yang dikeluarkan pada zaman sekarang hendaknya jangan terlalu kaku. Berilah alternatif yang memisahkan amalan yoga yang mengandungi unsur agama dengan amalan yoga yang baik untuk kebaikan kesihatan. Sekiranya ada kelebihan dari segi kesihatan dan ianya memanfaatkan, itu boleh dikekalkan. Pergerakan manusia itu tidak semestinya berkaitan dengan agama. Sama seperti amalan judo, misalnya. Apa yang tidak sesuai, dihapuskan saja dan diambil manfaatnya. Kita kekalkan pergerakan yang menafaatkan badan.

0 comments: