CLICK HERE FOR BLOGGER TEMPLATES AND MYSPACE LAYOUTS »

Sunday, November 2, 2008

"BULI"

satu ketika dulu filem "Buli" arahan Adflin Sauki pernah meletup di pawagam tanah air dengan cerita yang mengisahkan seorang budak gemuk yang sering dibuli di sekolah. selepas itu timbul isu kes buli di kalangan pelajar sekolah sehingga ada pelajar yang meninggal dunia akibat dibuli oleh rakan.
kini....timbul pula isu buli dalam politik negara. ada pihak menuduh ada parti yang membuli parti lain, dengan alasan tidak mendapat perhatian atau sering tersisih.
Laporan Malaysiakini pada Sabtu lalu (27 Okt) menjelaskan kenyataan Ketua Publisiti PRS Bahagian Balleh, Beginda Minda menyebut UMNO di peringkat Persekutuan dan PBB di Sarawak terlalu dominan dan MEMBULI parti-parti komponen yang kecil.
antara komen secara langsung yang diperolehi dari orang ramai dan ahli parti BN secara umumnya menjelaskan kenyataan yang dikeluarkan oleh Beginda Minda lebih kepada perasaan tidak puas hati beliau sendiri dalam erti kata lebih bersifat peribadi. namun sekiranya anda ada komen bolehlah nyatakan komen untuk dikongsi bersama....
Periukkera :
dalam politik pun ada isu buli...tepuk dada tanya selera

0 comments: