CLICK HERE FOR BLOGGER TEMPLATES AND MYSPACE LAYOUTS »

Sunday, November 23, 2008

SHAHRIZAT VS RAFIDAH

Naib Ketua Wanita Umno, Datuk Seri Shahrizat Abdul Jalil, semalam mengumumkan akan bertanding jawatan ketua pergerakan itu, manakala Tan Sri Rafidah Aziz tetap bertegas mahu mempertahankan jawatan berkenaan pada pemilihan parti, Mac depan.
Beberapa jam selepas pengumuman Shahrizat itu, Rafidah pula mengesahkan beliau akan mempertahankan jawatannya kerana menganggap Naib Ketuanya ingkar terhadap perjanjian pelan peralihan kuasa yang dipersetujui pada mesyuarat Exco Wanita, minggu lalu. Shahrizat yang satu ketika dulu menyatakan hasrat untuk tidak bertanding jawatan itu kini telah menukar pendirian apabila mengambil keputusan untuk bertanding semula jawatan itu pada Mac 2009 depan berikutan masih mendapat sokongan dan dorongan dari penyokong beliau untuk bertanding.

Isu kepemimpinan Wanita Umno sebelum ini turut mendapat perhatian Presiden parti, Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi yang mahu menemui pemimpin pergerakan itu selepas tiada kata sepakat dicapai berhubung pelan peralihan kuasa sayap itu. apa-apa pun, sama-sama lah kita tunggu dan lihat akan kesudahan kemelut ini.

periukkera:

jangan terlalu yakin.


0 comments: