CLICK HERE FOR BLOGGER TEMPLATES AND MYSPACE LAYOUTS »

Sunday, April 19, 2009

N29 BATANG AI MILIK BARISAN NASIONAL!!

7 April 2009 telah menjawab segala tanda tanya di dalam fikiran setiap orang apabila keputusan pilihan raya kecil N29 Batang Ai telah memihak kepada BN. Calon PRS dari parti komponen BN, Malcom Mussen Lamoh telah mengalahkan calon dari PKR iaitu Jawah Gerang (Bekas Ahli Parlimen Lubok Antu) dengan memperolehi 3, 907 undi berbanding Jawah Gerang hanya 2, 053 undi dan segaligus BN menang dengan 1, 854 majoriti undi.

Sebelum pilihan raya diadakan, pelbagai bentuk kempen diadakan oleh pelbagai agensi termasuklah agensi kerajaan, NGO malah pihak pembangkang sendiri bagi meraih undi dalam pilihan raya yang bakal diadakan. jika anda sendiri berada di Lubok Antu ketika itu memang bahang pilihan raya terasa amat panas. melalui kempen,ceramah dan aktiviti yang diadakan memang semuanya hebat-hebat belaka.

Namun, semua itu sememangnya adat ketika menjelang pilihan raya..kalau tak macam tu tak la hapening kan?? apa-apapun..tahniah kepada mereka yang berjaya dan kepada mereka yang tidak berjaya, lain kali cuba lagi..TAHNIAH sekali lagi kepada YB Malcom Mussen..harap buat yang terbaik untuk rakyat kerana rakyat masih memerlukan pembangunan dan perubahan dari pihak YB.

Periukkera : Tahniah YB..buat baik dibalas baik

1 comments:

bukit teluk sera said...

lambatnya berita dari sinun. dah dekat 2 minggu dah keputusan keluar.