CLICK HERE FOR BLOGGER TEMPLATES AND MYSPACE LAYOUTS »

Monday, September 15, 2008

PERHIMPUNAN PKR

Saya telah mendapat sms dari seorang rakan bahawa hari ini (16 Sept 2008) PKR akan mengadakan perhimpunan bertempat di Padang Merdeka Kuching. Oleh itu, seawal jam 9 pagi Saya telah berada tepat di hadapan padang merdeka untuk menyaksikan perhimpunan tersebut.
Turut hadir adalah Ahli Dewan Undangan Negeri N9 Padungan, YB Dominic Ng Kim Ho, Women Chief PKR, Datin Paduka Dr Tan Yi Kiaw, Penasihat PKR Sarawak Datuk Seri Hafsar Harun, state treasurer, Wong Huan Yu dan Ahli Exco Perak, YB Tai Seng Ng DUN Kuala Sapitang.
Acara dimulakan dengan menaikkan bendera Malaysia dan bendera Sarawak diiringi dengan nyanyian Negaraku, seterusnya Ibu Pertiwiku dan juga laungan MERDEKA sambil mengibarkan bendera PKR oleh mereka yang hadir. selepas itu ada sedikit ucapan dari YB Dominic Ng dan seterusnya "press conference". perhimpunan bersurai sekitar jam 10.30 pagi..keadaan terkawal dan tidak ada sebarang kejadian yang tidak diingini berlaku.

0 comments: