CLICK HERE FOR BLOGGER TEMPLATES AND MYSPACE LAYOUTS »

Monday, December 29, 2008

GUNAKAN TALI PINGGANG KESELAMATAN DI BELAKANG...



Mulai 1 Jan 2009, rakyat Malaysia adalah diwajibkan menggunakan tali pinggang keselamatan di tempat duduk belakang. Jabatan Keselamatan Jalan Raya Malaysia telah membuat saman olok-olok bermula pertengahan Disember 2008 bagi membiasakan rakyat supaya sentiasa menggunakan tali pinggang keselamatan di tempat duduk belakang sebagai usaha mengurangkan tahap kecederaan sekiranya berlaku kemalangan.
kempen kerajaan nampaknya disambut baik oleh semua pihak di mana menunjukkan keprihatinan kerajaan dalam membendung kadar kemalangan yang mengakibat kematian di negara ini yang jumlahnya kini semakin meningkat. oleh itu, sama-sama lah kita mengubah cara pemanduan kita dengan cara pemamduan yang berhemah kerana hanya anda yang mampu "PANDU,TUNGGANG & JALAN DENGAN SELAMAT...ANDA MAMPU MENGUBAHNYA"
periukkera :
mesti pakai seat belt...

NEW YEAR IS AROUND THE CORNER!!!!


Beberapa hari lagi kita akan menyambut tahun baru 2009..biasanya orang akan sibuk memikirkan tentang azam tahun baru mereka..ada yang berazam nak kuruskan badan, ada yang berazam nak tamatkan zaman bujang dan macam-macam lagi...apapun azam yang kita semaikan dalam diri kita tidak penting..yang penting adalah keihklasan dan disiplin diri kita untuk menunaikan azam kita.


Bagaimanakah agaknya tahun 2009 yang bakal menjelang ini...adakah krisis politik dan ekonomi akan bertambah baik atau sebaliknya?


kepada kawan-kawan dan pembaca blog...SELAMAT TAHUN BARU 2009 diucapkan. semoga kehadiran tahun baru ini akan membawa seribu makna dalam kehidupan kita..apa yang telah dilalui sepanjang tahun 2008, baik yang manis atau pahit...biarlah ianya menjadi satu kenangan dalam kehidupan kita..yang baik dijadikan teladan, yang buruk dijadikan sempadan. jika ada kesempatan untuk dibaiki, lakukanlah demikian selagi masih ada peluang dan kesempatan.


periukkera :

azam tahun baru nak continue azam tahun lepas kot.....