CLICK HERE FOR BLOGGER TEMPLATES AND MYSPACE LAYOUTS »

Friday, July 10, 2009

PEMANSUHAN DASAR PPSMI

9 Julai 2009 - keputusan kerajaan untuk memansuhkan dasar PPSMI berkuatkuasa tahun 2012 telah mandapat pelbagai andaian dan kritikan ramai. Sains dan Matematik kembali diajar dalam Bahasa Melayu si SK manakala bahasa ibunda di SJKC dan SJKT. Ada di kalangan mereka yang mengambil perkara ini sebgai sesuatu yang positif dan wajar dilaksanakan dan ada juga yang melihat ianya sebagai sesuatu keputusan yang tidak tepat.
periukkera : zaman saya dulu tidak berkesempatan untuk menikmati PPSMI

Thursday, July 2, 2009

Pasar Serikin syurga beli-belah


Bagi mereka yang pernah mengunjungi pasar serikin sudah pasti terasa nak pegi lagi...Ianya adalah sebuah pekan kecil di Bau iaitu sempadan Malaysia - Indonesia dengan jaraknya kira-kira 70 kilometer dari Bandar Kuching. Pasar Serikin sentiasa menjadi kunjungan bukan saja penduduk tempatan malah pelancong dari Semenanjung dan negara asing. Terdapat pelbagai jenis barangan dari Sarawak dan Indonesia yang dijual di sana dengan harga yang berpatutan. setiap orang juga pasti akan ada "target" nak beli apa kalau nak mengunjungi pasar Serikin. Kalau saya sudah tentu saya tertarik dengan tikar2 rotan nya yang menarik selain kain2 bercorak sulam yang sudah tentu menjadi buah tangan bagi kaum wanita yang berkunjung ke sana selain beg tangan dan minyak wangi termasuk lah kuali2 dan periuk2 besar. Pendek kata, rugi kalau tidak ke Pasar Serikin sekiranya mengunjungi Kuching, Sarawak. Saya pernah membeli belah di Bukit Kayu Hitam dan Padang Besar yang terletak di Utara Semenanjung Malaysia dan Konsep Pasar Serikin tidak banyak berbeza dengan pasar yang terdapat di kawasan sempadan Malaysia di Semenanjung kerana ia hanya dibezakan dari segi barangan yang dijual. Di Serikin, kebanyakan peniaganya hampir 70 peratus dari Indonesia manakala selebihnya merupakan penduduk tempatan yang majoritinya menjual minuman dan makanan manakala di Semenanjung kebanyakan peniaga dari Thailand. Untuk pengetahuan mereka yang belum pernah ke Pasar Serikin, Pasar Serikin dibuka hanya pada hujung minggu iaitu Sabtu dan Ahad dari seawal pukul 7 pagi hingga pukul 2 petang dan orang ramai kebanyakannya memilih datang awal kerana tidak mahu bersesak dengan orang ramai dan 'berpanasan'..Cuba la pegi tgk sendiri..."Tak kenal maka tak cinta"
Periukkera : P/s bawa payung / topi tau..panas tuh!!

Wednesday, May 20, 2009

SELAMAT HARI GAWAI DAYAK

Pejam celik pejam celik seminggu lagi bangsa Dayak akan menyambut perayaan hari Gawai pada 1 Jun setiap tahun. Perayaan ini disambut sempena menandakan musim menuai telah berakhir. Jika dulu, perayaan ini disambut dengan meriah sekali berdasarkan adat resam. kepada rakan-rakan yang menyambut perayaan hari Gawai...Selamat Hari Gawai saya ucapkan, "Gayu Guru Gerai Nyamai"....

Tuesday, May 12, 2009

OH MAT REMPIT...


Selain isu ragut, isu mat rempit juga semakin menjadi perbualan hangat pada masa ini..tidak mengira umur, bangsa dan jantina. apa nak jadi dengan budak2 zaman sekarang? ada moto tp disalahgunakan untuk kerja-kerja yang tidak berfaedah. siapa sebenarnya yang patut dipersalahkan?... adakah Ibu bapa yang kurang memberi didikan kepada anak2? adakah anak2 sendiri yang tidak menerima atau tidak menggunapakai didikan yang diberikan oleh ibu bapa? atau adakah salah pihak kerajaan yang tidak mengenakan apa2 tindakan tegas? Walaupun dah banyak yang dipercakapkan dalam surat khabar, PM pun dah bersuara suruh polis rampas motor, rakyat dah sumpah sampai air liur kering, dan macam-macam lagi teknik-teknik yang diguna untuk mengubah mereka ni, namun, mereka tak insaf-insaf jugak. malah semakin popular pulak dengan wujudnya banyak filem pasal mat rempit nih..kita pun sudah pening dengan isu yang tidak berkesudahan ni..apa kata pembaca di luar sana tolong nyatakan sedikit idea, saranan serta pandangan mengenai langkah2 untuk mengurangkan gejala mat rempit di negara ini..TQ
Periukkera : Risau juga tengok budak2 zaman skarang ni...zaman saya dulu pegi skolah naik basikal jer..tak pun bas skolah. zaman skarang ni bawak moto pula..ada juga yg bawak keta..ishk2

SELAMAT HARI IBU...

Hari Ibu disambut di seluruh negara pada minggu kedua setiap bulan Mei..rasa-rasanya belum terlambat bagi saya untuk mengucapkan selamat hari ibu khas buat Ibu saya dan Ibu-ibu di luar sana..Thanks Mum, You are the BEST!!

Periukkera : Ibu...Ibu...engkaulah ratu hati ku

JENAYAH RAGUT SEMAKIN HANGAT

Jenayah ragut semakin menjadi topik hangat di negara kita sejak kebelakangan ini. walaupun isu ini bukanlah sesuatu yang baru kita dengar namun sehingga kini seolah-olah tiada penyelesaiannya. Baru-baru ini beberapa orang wanita yang tidak berdosa maut akibat mangsa si peragut yang tidak berperikemanusiaan itu..yang menyedihkan kisah seorang nenek yang maut gara-gara duit RM2 yang diragut oleh peragut. Selain itu, dalam kejadian yang lain seorang wanita hamil berusia 31 tahun meninggal dunia setelah koma dua hari akibat menjadi mangsa ragut dua lelaki ketika mangsa menaiki motosikal seorang diri dalam perjalan pulang ke rumah.

Peragut nampaknya seolah-olah tidak takut dengan undang2 dan sanggup "membunuh" orang yang tidak berdosa semata-mata untuk mendapatkan wang..memang pemalas!!dah tak da keja lain kot...kepada peragut di luar sana,bawa2 la bertobat..ingatlah bahawa hari ini hari korang, jangan tunggu esok lusa terkena batang hidung keluarga sendiri baru nk bertobat? Tuhan maha adil....

Nampaknya hukuman untuk para peragut ni tak cukup tegas kot...apa kata pembaca blog di luar sana nyatakan cadangan anda tentang hukuman yang paling layak untuk para peragut ni..

Periukkera : Saya pun pernah menjadi mangsa tp bukan diragut..beg tangan saya diseluk dan telefon bimbit saya didapati hilang ketika membeli air di salah sebuah kedai di jalan Gambir, Kuching..Moral of the story, jgn bawa hand bag skali tp bawa duit secukupnya saja kalau stakat nak beli mineral water.

Monday, April 20, 2009

PILIHAN RAYA KECIL PENANTI

Mesyuarat Majlis Tertinggi (MT) yang pertama selepas pemilihan pucuk pimpinan Umno hujung bulan lalu, akan diadakan Jumaat ini. Menurut laman rasmi Umno, mesyuarat tersebut akan berlangsung di Tingkat 39, Menara Dato' Onn mulai jam 3.15 petang.

Mesyuarat MT Jumaat ini juga dijangka membincangkan saranan Najib mengenai kemungkinan BN tidak bertanding dalam pilihanraya kecil DUN Penanti, Pulau Pinang. Menurut Najib, yang juga perdana menteri berkata BN perlu melihat terlebih dahulu sama ada pilihanraya kecil itu nanti menguntungkan rakyat atau sebaliknya. Beliau juga akan mengadakan mesyuarat dengan MT dan bertemu dengan presiden-presiden parti komponen BN bagi membincangkan perkara itu.

Pilihanraya kecil DUN Penanti bakal diadakan selepas perletakan jawatan bekas Timbalan Ketua Menteri 1 Pulau Pinang Mohammad Fairus Khairuddin sebagai wakil rakyat kawasan tersebut. Mohammad Fairus, 32, yang sedang disiasat oleh Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia, berkata langkah beliau itu adalah bagi membersihkan namanya daripada segala tohmahan selain bagi membolehkan beliau melanjutkan pelajaran serta meluangkan lebih masa bersama keluarga.

periukkera : sama-sama kita nantikan..