CLICK HERE FOR BLOGGER TEMPLATES AND MYSPACE LAYOUTS »

Tuesday, January 20, 2009

HUJAN OH HUJAN....

14/01/2009

Hujan yang berterusan semenjak 09 Jan 09 yang lalu sehingga 11 Jan 09 tanpa henti telah
mengakibatkan banjir dan tanah runtuh di kebanyakan kawasan di seluruh Sarawak. Bukan setakat masalah banjir dan tanah runtuh, malah keadaan jalan raya juga sangat teruk. Gambar menunjukkan keadaan jalan raya di kampung saya sendiri yang bukan setakat diguna pakai oleh penduduk kampung malah merupakan jalan utama beberapa kampung di kawasan yang berdekatan. jalan raya manjadi becak dan
berlumpur malah agak membahayakan terutama pada waktu malam. *
sudah agak lama rakyat di kawasan ini memohon supaya jalan ini dinaiktarafkan (diturap) namun sehingga kini keadaan jalan masih seperti dulu. bila tiba musim hujan, keadaan seperti ini akan berlaku. Pilihan raya parlimen telah lama berlalu dan berlalu juga la janji wakil rakyat. Saya sendiri merasa sedih dengan keadaan jalan kampung yang sudah bertahun-tahun berkeadaan seperti ini dan masih tiada apa-apa tindakan diambil.
* Jalan terletak di Daerah Mengundi Braang (menghubungkan jln Kpg Sigandar, Payang, Serumah dan Gayu)
periukkera : bimbang sekiranya hujan berterusan dan keadaan menjadi bertambah buruk..