CLICK HERE FOR BLOGGER TEMPLATES AND MYSPACE LAYOUTS »

Wednesday, September 17, 2008

"I RESIGN"

16 Sept 2008, Pak Lah menerima surat perletakan jawatan Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Senator Datuk Zaid Ibrahim berkuat kuasa serta-merta. Antara alasan yang diberikan oleh Zaid adalah beliau tidak mendapat sokongan untuk melakukan perubahan. Menurut Abdullah, apabila menjadi Menteri, pasti ada masalah dan kesusahan yang terpaksa dihadapi dan yang penting adalah kesabaran seseorang menteri untuk menerima sebarang komen dan cadangan. Oleh itu, sekiranya anda ada sebarang komen mengenai isu ini...sila kemukakan pandangan anda mengenai isu ini.

Tuesday, September 16, 2008

16 Sept...adakah GIMIK semata-mata???

16 sept telah berlalu....hmm nothing happen pun dengan peralihan kuasa negara kita...Perdana Menteri memberitahu, gimik peralihan kuasa 16 September adalah permainan politik Anwar untuk mencetuskan satu keadaan yang tidak baik kepada rakyat bagi membuatkan negara seolah-olah tidak mempunyai kestabilan politik.
Sehubungan itu, beliau menyeru semua pihak di Malaysia, baik pekerja sektor swasta mahupun kakitangan kerajaan, supaya memberi perhatian kepada hal-hal melibatkan pekerjaan, perniagaan dan tanggungjawab masing-masing.
“Ini yang paling penting untuk dilakukan, bukan jadi sibuk dan kelam kabut dengan senario politik semasa sehingga menjejaskan prestasi kerja dan sebagainya, ujar beliau.
Namun sebagai rakyat Malaysia, saya juga sedikit resah menanti 16 Sept kerana tidak dapat membayangkan apa yang bakal terjadi kepada negara...adakah semakin baik ATAU adakah sebaliknya...

JOM JALAN-JALAN...SEGALANYA ADA DI MALAYSIA


Welcome to Borneo Highlands Resort, one of the most exciting and unique environmentally friendly resort. Cocooned in a lush jungle and snuggled within the hills, it is a retreat one of its kind, offering an exclusive membership club and truly unique residential development by creating a sanctuary for you to retreat to in this region.
Located just an hour's drive (60km) southwest of Kuching city, the capital of Sarawak, the resort stands at the height of 1,000 metres above sea level on the Sarawak-Kalimantan border and is nestled amongst the oldest and second largest tropical rainforest in the world.
A resort created with emphasis to blend with nature, the resort offers boundless opportunities to experience numerous outdoors activities all year round in stylish comfort.
Take pleasure in the finest natural wonders and find luxury in the bare basics. At Borneo Highlands Resort, it all about getting “back to nature, back to basics”..



Monday, September 15, 2008

PERHIMPUNAN PKR

Saya telah mendapat sms dari seorang rakan bahawa hari ini (16 Sept 2008) PKR akan mengadakan perhimpunan bertempat di Padang Merdeka Kuching. Oleh itu, seawal jam 9 pagi Saya telah berada tepat di hadapan padang merdeka untuk menyaksikan perhimpunan tersebut.
Turut hadir adalah Ahli Dewan Undangan Negeri N9 Padungan, YB Dominic Ng Kim Ho, Women Chief PKR, Datin Paduka Dr Tan Yi Kiaw, Penasihat PKR Sarawak Datuk Seri Hafsar Harun, state treasurer, Wong Huan Yu dan Ahli Exco Perak, YB Tai Seng Ng DUN Kuala Sapitang.
Acara dimulakan dengan menaikkan bendera Malaysia dan bendera Sarawak diiringi dengan nyanyian Negaraku, seterusnya Ibu Pertiwiku dan juga laungan MERDEKA sambil mengibarkan bendera PKR oleh mereka yang hadir. selepas itu ada sedikit ucapan dari YB Dominic Ng dan seterusnya "press conference". perhimpunan bersurai sekitar jam 10.30 pagi..keadaan terkawal dan tidak ada sebarang kejadian yang tidak diingini berlaku.

Friday, September 12, 2008


selamat datang ke ruangan 'Jak Britong'